Showing posts with label Calligraphy Work. Show all posts
Showing posts with label Calligraphy Work. Show all posts

Sunday, June 25, 2017

14 Duit Tak Boleh Beli Kesihatan

Duit Tak Boleh Beli Kesihatan
Tetapi
Untuk Sihat Perlukan Duit?

Sunday, June 18, 2017

13 Duit Tak Boleh Beli Kasih Sayang


Duit Tak Boleh Beli Kasih Sayang
Tetapi
Tak Ada Duit Kasih Sayang Boleh Melayang

Sunday, June 11, 2017

Sunday, June 4, 2017

11 Duit tak boleh beli tidur

Duit Tak Boleh Beli Tidur
Tetapi Tak Ada Duit Tak Boleh Tidur Lena

Sunday, May 28, 2017

10 Kalau menyanyi perlahan-lahan

kalau menyanyi perlahan-lahan
terdengar jauh di bawa angin

kalau hati tidak tertahan,
didalam air badan berpeluh

Sunday, May 21, 2017

09 Jangan takut dilambung ombak

Jangan takut dilambung ombak

Bermaksud dimana-mana sahaja ada ombak ada masalah. Raja pun ada masalah. Jutawan pun ada masalah. Orang yang hafal satu ayat dengan orang yang hafal 30 juz juga ada masalah.

Pada setiap orang ombak masalah ini semuanya ada masa tinggi dan ada masa rendah.

Janganlah kita memilih untuk ada rasa takut dilanda pelbagai dugaan dan masalah. Janganlah kita simpan dan peram rasa takut dalam menghadapa hari-hari mendatang. Yang pergi tetap pergi dan tidak akan kembali. Yang belum pergi tetap akan pergi. Tetapi kita masih diberi peluang untuk bersedia.

Sunday, May 14, 2017

08 Aku ada dalam terang

Dalam perahu ada paku
Perahu datang dari seberang
Carilah aku dalam aku
Aku ada dalam terang.

Sunday, May 7, 2017

07 Kalau Menyanyi Perlahan-lahan

Kalau Menyanyi Perlahan-lahan
Terdengar Jauh Dibawa Angin

Kita boleh lakukan sesuatu keburukan atau kejahatan dan kita lakukan perkara tersebut secara senyap-senyap dan tersembunyi. Biar semua orang tidak tahu kecuali diri kita sendiri sahaja. Tetapi dengan izin Allah swt perkara tersebut tetap akan terbongkar juga.

Disini bukan bermaksud keburukan kita akan tetap dibuka oleh Allah swt tetapi adalah lebih baik kita segera berubah. Moha dengan perubahan ini aib kita tersebut akan tertutup. Dalam masa yang sama juga, kita janganlah membuka aib orang lain.

Jika sudah menjadi ketentua Allah, orang tersebut akan membuka sendiri aib dia. Itulah yang disebut oleh orang-orang tua sebagai Membuka Pekung Didada Sendiri.

Moga ayat ini memberi kita satu kesedaran yang mendalam. Hayatilah keseluruhan ayat ini, moga Allah memberi kita hidayah.

kalau menyanyi perlahan-lahan
di bawa angin terdengar jauh
di bawa angin terdengar jauh

kalau hati tidak tertahan,
didalam air badan berpeluh
didalam air badan berpeluh

bunga melati didalam taman
daun yang hijau banyak yang gugur
daun yang hijau banyak yang gugur

kalau turut makrifat iman,
minyak dan air mugkin bercampur,

kalau takut dilambung ombak
jangan berumah ditepi pantai,
ikan dilaut asam didarat
dalam periuk bikin mufakat

[Penyanyi asal ialah Rubiah dan R. Azmi untuk versi filem Dewi Murni 1950, manakala dirakamkan ke dalam piring hitam oleh Rubiah dan M. Sidin pada tahun 1950]

Sunday, April 30, 2017

06 Bila Aku Sangka Aku Tidak Cukup Duit


Bila aku sangka
aku selalu tidak cukup duit
aku lupa bahawa
Rasul memilih
untuk sentiasa hidup
sebagai orang yang sentiasa tidak cukup duit
serta sentiasa
kasih dan sayang kepada orang miskin
yang selalu tidak cukup duit

Sunday, March 26, 2017

No.05 Allah Selalu Uji Kita

Allah Selalu 
Uji Kita, 
Antara Ilmu DIA 
dan Ilmu Kita, 
Juga 
Antara Hukum Dia 
dan Hukum Kita.

Sunday, March 19, 2017

No.04.Disebabkan Allah

Disebabkan Allah 
Sangat Sayang 
Pada Kita 
Maka 
DIA Buatkan 
Banyak Larangan 
Untuk Kita.

Sunday, March 12, 2017

No.03.Bila Kita Rasa

Bila Kita Rasa 
Allah Ada 
Pada Diri Kita, 

Sebagaimana 
Kita Rasa Ada 
Pada Segala Sesuatu, 

Maka Akan 
Berkuranglah 
Cinta Kita 
Pada Dunia.

Sunday, March 5, 2017

No2. Bila Terlintas Pada Kita

Bila Terlintas Pada Kita, 
Sesuatu dan Allah Ada Disitu, 
Nescaya Kita
Daripada DIA dan 
DIA Untuk Kita.

Monday, November 7, 2016

No 01. Disini. Dipeluk dingin subuh.


Disini. Dipeluk dingin subuh
tika malam kelam
menumpah air mata
benar-benar membuai

lena yang panjang
azan subuh bergema
tubuh terasa dipaku
hampir hanyut dibawa gelora
mimpi yang berulang

redup
tenang
merpati putih yang hilang
tiba-tiba terbang
hinggap dijendela
menyapa salam

udara ini manis
ramai yang lupa merasa
alam ini indah
ramai terlupa
menghargai warna yang ada

alhamdulillah
syukur nikmatMu
masih disini....

Penaluka Kersani
Gunung Senyum
5/11/16 sabtu