oleh Robb Report Malaysia. We bring you the top five fountain pens that should make their way to your private study room.
Ini adalah suatu Pengurusan Maklumat (Knowlade Management)bagi pelbagai perkara berkaitan dengan pen. Seperti Fountain Pen, Ballpen, Rollerball Pen, Deskpen, Lighterpen(pen pementi api), Calligraphy Pen, Pen Holder, Pen Stand, Pen Bag, Ink Bottle, Ink Cartridge serta apa-apa barang yang berjenama pen dan apa-apa yang berkaitan yang ditemui. Keutamaan adalah barang lama atau terpakai. Termasuk juga cerita-cerita, fakta dan penggunaan yang berkaitan dengan pen.
Showing posts with label Links. Show all posts

Sunday, April 9, 2017
Wednesday, September 7, 2016
Tuah Pen Pilot
TUAH PEN PILOT
Oleh ELBI RISALAH
Semasa bersekolah rendah ( Sekolah Melayu ) dahulu, murid-murid dibenarkan menggunakan pen hanya setelah mereka ‘ naik darjah ‘ empat. Sebelum itu, untuk murid darjah satu mereka hanya menggunakan papan batu dan kalam. Apabila masuk darjah dua dan tiga, barulah mereka menggunakan buku dan pensil.
Pen digunakan oleh murid darjah empat hingga darjah enam dikenali sebagai ‘ pen celup ‘. Mata pen celup ini boleh ditukar ganti untuk kegunaan menulis tulisan rumi – bentuknya tajam – dan untuk menulis tulisan jawi – bentuk tumpul . Setiap kali hendak menulis, pen tersebut terpaksa dicelup pada dakwat yang sedia diisi dalam botol dakwat.
Saya masih ingat, waktu mula-mula menggunakan pen celup, tulisan saya sangat comot. Kerana tidak tahu untuk menyukat berapa banyak dakwat berada pada mata pen untuk kegunaan tulisan diperlukan. Malah kadang kala , botol dakwat yang diletak dipermukaan meja tulis tumpah ke atas buku atau mengenai pakaian apabila bangku bergerak terkena tangan atau tersepak oleh kaki mereka yang lalu lalang.
Bagi mengelakkan tulisan jangan comot, cikgu menyarankan supaya menggunakan ‘ kertas lap ‘ yang boleh dibeli di kedai. Bagi menggantikan kertas lap, boleh juga digunakan kapur tulis. Tetapi, cikgu amat melarang sesiapa ‘ mencuri ‘ kapur tulis untuk dijadikan kerta lap dan boleh dikenakan denda !.
Seingat saya, harga sehelai kerta lap berukuran A4 hanya 20 sen . Kertas lap ini boleh dipotong kecil selebar 2X3 inci untuk penjimatan. Kerana latar belakang keluarga saya terdiri dari golongan miskin ( malah waktu bersekolah rendah amat jarang ibu bapa memberi wang sekolah. Walaupun setakat 10 sen sehari ! ) , saya terpaksa membuat sendiri kertas lap dari kertas lukisan yang telah diguna, kemudian direndam ke dalam air semalaman dan keesukan harinya baru dijemur untuk dikeringkan. Itulah kertas lap yang saya gunakan !.
Waktu bersekolah di Madrasah Ehyaul Falah ,saya tidak lagi menggunakan pen celup. Hampir semua rakan saya telah menggunakan pen ‘ dakwat basah ‘ semasa menulis pelajaran berbanding dengan pen ‘ dakwat kering ‘ ( ball pen ).
Pada masa itu ‘pena mata bulat ‘ boleh dikatakan tidak popular penggunaannya di kalangan murid dan juga kalangan guru; tambahan pula tidak terdapat banyak jenamanya dan sukar hendak dibeli , seperti masa sekarang.
Ada terdapat beberapa jenama pen dakwat basah dalam pasaran . Jenama paling terkenal ketika itu ialah pen ‘ paker ‘. Kalau tidak salah ingatan saya, harga sebatang pen paker tersebut sekitar belasan ringgit juga !.
Sebagai seorang murid , saya tidak mampu hendak membeli pen jenis tersebut. Walaupun ia dikatakan baik dan ada ‘ ada gaya orang kaya ‘ . Saya sekadar mampu membeli jenama ‘ pilot ‘ sahaja..... Harganya sekitar RM 2.50 sebatang. Pen jenis itulah menjadi kegemaran dan pilihan saya sejak bersekolah di Madrasah Ehyaul Falah hingga saya menjawat jawatan sebagai guru. Warna yang saya minati pula ialah warna hitam atau hijau tua.
Waktu itu ada juga di kalangan rakan sekelas menggunakan pen jenama dikenali sebagai ‘ Paker Cina ‘ . Pen tersebut harganya cuma sekitar RM 2.00 sahaja. Kelebihan pen jenis ini matanya amat luar biasa dari segi ketahanannya, hingga mampu ‘ ditombak ‘ ke permukaan meja tulis yang diperbuat dari papan , tetapi tidak rosak atau bengkok !.
Pen jenis Paker Cina ini memang banyak dijual di pekan-pekan sari sekitar Daerah Sabak Bernam waktu itu. Peniaganya pula memang sentiasa membuat demontrasi ketahan pen tersebut dengan memacak mata pen tersebut ke atas sekeping papan.
Berbalik kepada pen jenama pilot kegemaran saya tadi , pen tersebut bagi saya ada ‘ kelebihan ‘ tersendiri yang tidak ada pada pen jenama lain. Selain ‘ lembut ‘ digunakanan waktu menulis, mata pen tersebut juga boleh diasah dan dibentuk menjadi pen khat jawi - Lebih 95 peratus pelajaran harian di sekolah waktu itu adalah menggunakan huruf jawi .
Kenapa saya bercerita dengan panjang lebar mengenai pen pilot tersebut ?. Ceritanya begini…..
Semasa murid berkelulusan Darjah Khas Tahun (2 ) atau lebih dikenali dengan ‘ darjah tujuh ‘ mendapat borang tawaran untuk menjadi guru agama Jabatan Agama Islam Selangor, seorang pelajar perempuan bernama Siti Sariah binti Habib yang belajar bersebelahan dengan kelas saya telah meminjam pen pilot saya untuk mengisi borang berkenaan.
Beliau memberitahu , tujuan meminjam pen pilot kepunyaan saya untuk mengisi borang calon guru agama kerana ‘ konon ‘ pen saya itu bertuah ! ( Mungkin sebagai gurauan semata-mata !..….Mungkin juga beliau beranggapan ianya sebagai bertuah kerana saya sentiasa mendapat tempat pertama dalam peperiksaan penggal dan akhir tahun selama bersekolah di situ, dengan menggunakan pen pilot tersebut untuk menulis tiap hari . Wallahu ‘alam…)
Tanpa sebarang anggapan apa-apa, saya pinjamkan pen tersebut untuk beliau mengisi borang calon guru agama kepunyaannya….
Selang tidak lama kemudian, suatu hari Siti Sariah datang menemui saya di kelas ( Waktu itu beliau telah tidak bersekolah lagi kerana telah tamat belajar ). Beliau memberitahu saya dan rakan sekelas ketika itu, beliau telah berjaya menjadi guru agama dan mengucapkan terima kasih kepada saya kerana memberi beliau pinjam pen pilot yang dianggapnya sebagai bertuah untuk mengisi borang calon guru agama dulu !.....
Saya mengucapkan tahniah di atas kejayaan beliau dan dalam hati saya berharap pen pilot tersebut akan turut memberi ' tuah ' pula kepada saya sebagai tuan punya pen…..
Dan secara kebetulan , pen pilot tersebut telah saya gunakan untuk menjawab soalan dalam peperiksaan tahun akhir dan juga mengisi borang calon guru agama ( beberapa tahun kemudiannya ) Alhamdulillah, saya juga telah berjaya menjadi guru agama seperti Siti Sariah binti Habib !.
SUMBER:
nostalgi aehyaul falah

Wednesday, August 31, 2016
Sejarah Ciptaan Ballpen
Kisah Ball Point Pen
Setiap ciptaan mempunyai cerita yang berbeza di belakang tabir. Ball Pen juga merupakan salah satu ciptaan, yang walaupun adalah amat besar, namun tidak ramai yang tahu di mana ia berasal. Sejarah pen yang boleh dikesan kembali ke tahun 1800-an, apabila paten pertama pada pen bola telah dikeluarkan oleh John Loud. Beliau telah menyamak kulit haiwan untuk membuat objek bertulis, setelah itu beliau mula menulis.
Pen tersebut terdiri daripada keluli bola berputar seperti hujung soket. Ia boleh menulis pada kulit sebagaimana dimaksud oleh Loud. Walau bagaimanapun, rekacipta beliau terbukti sia-sia kerana ia terlalu kasar dan tidak kemas untuk menulis surat; jadi tidak diluluskan secara komersial. Paten asal luput dengan kegagalan ciptaan ini atas alasan tidak praktikal dan kebolehgunaan.
Babak kedua untuk pen bola bermula sekali lagi dengan pen mata air digayakan buat kali pertama. Dicipta oleh Cross, pen mata air yang dikenal pasti sebagai ayah kepada pen bola. Ciptaan ini dicetuskan lebih daripada percambahan fikiran sehingga pen bola dilahirkan. Laszlo Jozsef Biro, berasal dari Budapest memiliki paten pena bola di atas namanya.
Apa yang telah dicipta adalah pen bola yang mengandungi kartrij dakwat bertekanan. Seorang wartawan bernama Biro mengambil masa yang lama sementara mengeringkan dakwat yang digunakan dalam akhbar, dan berfikir bahawa dakwat yang sama begitu mengotorkan surat, dan berharap masalah ini boleh diselesaikan. Sebagai seorang pembaca, Biro terpaksa mengisi semula pen mata air dari botol dakwat berkali-kali dan ini mendorong beliau bertambah bosan.
Pada awal tahun 1930-an, bersama-sama dengan saudaranya Georg, seorang ahli kimia, Biro bermula dengan eksperimen pen yang tidak perlu diisi semula dan pada masa yang sama tidak akan merosak pada muka halaman. Konsep kisaran bola yang digunakan di hujung pena dan apabila pen ini telah digunakan di atas kertas, bola itu akan berputar menarik dakwat daripada katrij.
Kali ini, rekabentuk pen yang lebih praktikal dan dengan itu, kedua-dua beradik menggunakan takungan tertutup yang akan menyimpan dakwat. Dari segi konsisten juga, dakwat itu ditukar kepada dakwat pengeringan tebal dan cepat. Bagi mengatasi kelemahan ini, Laszlo Biro telah mengeluarkan paten tersebut pada tahun 1938.
Ia juga boleh disimpulkan, bahawa walaupun Laszlo bukan pencipta pertama pen bola; beliau bagaimanapun, pencipta kejayaan rekabentuk pena bola yang kini diterima secara universal.
Cerita ini tidak berakhir di sini; pada tahun 1943, kedua-dua beradik memulakan pencarian mereka untuk mendapat pengiktirafan di seluruh dunia beserta ciptaan mereka serta sokongan kewangan. Mereka berpindah ke Argentina dan menemui seseorang yang dengan sukarela membiayai pen Birome dan dalam masa yang singkat, kilang beliau telah mula mengeluarkan pena bola untuk tujuan komersial. Pena bola pada mulanya diiklankan sebagai satu-satunya pen yang boleh menulis walaupun di bawah air.
Demonstrasi dilakukan dengan disaksikan oleh penonton yang ramai, para penonton begitu teruja untuk menulis dengan pen bola di bawah air. Syarikat itu diketuai oleh Biro menjadi pengeluar utama pen bola. Pihak British telah diberitahu lalu mereka kagum dengan kualiti pen bola, lalu mereka membeli paten tersebut.
Syarikat ini dijual kepada BIC Corporation yang mula menghasilkan dan membekalkan pen kepada Tentera Udara Diraja. Pen Biro dianggap sangat berguna untuk juruterbang kerana mereka boleh menulis walaupun dalam tekanan altitud tinggi. Ini juga merupakan satu kejayaan besar untuk pen bola yang berdepan persaingan yang besar dari pen mata air yang pada mulanya ia telah ditandakan sebagai aksesori yang berguna dan bergaya, tetapi kemudian digunakan pada ketinggian yang ditambah kepada spesifikasi teknologi pen yang tinggi.
Pada harga yang jauh lebih kecil, pen bola menembusi pasaran British. Laszlo Biro, pencipta yang berterusan paparan tentang kebolehan keusahawanan dan berjaya mendapat markah kewangan yang ketara kepada namanya, bagaimanapun, beliau selepas itu melepaskan Syarikat Biro kepada Henry Martin yang mengambil alih pengeluaran pen bola dari Laszlo Biro.
Martin membuat pen bola dengan jenama (Biro Swan) di pasaran, lalu menaikkan nama Marcel Bich sehingga ke hari ini. Beliau mengasaskan sebuah syarikat yang bertanggungjawab mereka bentuk pen bola sendiri. BIC Cristal, yang secara langsung menikmati bahagian terbesar dalam pasaran hari ini. Semenjak itu, pen bola telah banyak berkembang.
SUMBER:
mutiara kasih ku

Thursday, August 25, 2016
Cerita: Abah Hadiahkan Pen Pilot
Pen Dakwat
Begitu juga dengan fountain pen,
pen dakwat. Sewaktu kaksu sekolah di Sekolah Rendah Father Barre's
Convent, SP... cikgulah yang akan putuskan siapa yang dah layak pakai
pen berdakwat, siapa yang seharusnya pakai pensel lagi. Waktu itu kita
berlumba-lumba tulis dengan cantik, bersih dan kemas sebab nak naik
taraf. Mulai darjah 4 baharulah, sesiapa yang terpilih boleh guna pen
berdakwat tu.
Wow, masa tu rasa dewasa tau, apatah lagi bila tok atau abah hadiahkan pen Pilot (yang murah aje la)... untuk kita bawa ke sekolah. Dan harus diingat, jangan dilupakan... yang kita juga kena bawa botol dakwat sekali (walaupun sekali kita pam dakwat di rumah tu, tak habis guna pun di sekolah nanti). Waktu itu ada juga rasa ingin menunjuk. Perasaan tak elok tu ada lah sedikit ahaks berkembang waktu itu. Kaksu suka dakwat warna blue-black... lepas tu, kaksu suka warna biru betul. Lebih cantik. Kalau pen hilang... huhuhu... kena pakai la pen cap Hero ajelah jawabnya.
Oh, ya kaksu hanya terpilih menggunakan pen dakwat untuk semua buku-buku latihan apabila masuk penggal kedua persekolahan darjah empat. Waktu tu hidung yang sedia mengembang tu, bertambah kembang la... sebab kita dah dinaikkan taraf: dengan erti kata, tulisan kita dah kemas, cantik dan bersih! Tq, Mrs Sundram sebab beri kebenaran!

Thursday, August 18, 2016
Cerita: PEN PARKER BERMATA EMAS
PEN PARKER BERMATA EMAS
oleh Dato' Haji Muhammad Zakaria
Waktu kecil-kecil sekolah di kampung, kami budak-budak sekolah rendah di kampungku semuanya menulis menggunakan pensil. Aku pun tidak mengerti mengapa cikgu melarang kami menggunakan pen.
Walaupun begitu ada sebahagian budak-budak kampung yang telah naik darjah dua atau tiga, belum pun pandai memegang pensil dengan betul.
Namun ketika itu aku sudah mencuri-curi menulis menggunakan fountain pen Parker bermata emas kepunyaan abah. Pen kesayangan abah ini adalah hadiah persaraannya daripada perkhidmatan SC - Special Constable, seperti polis tentera pada zaman Inggeris. Batang dan penutupnya berwarna hijau tua.
Penyangkutnya berupa anak panah berwarna emas. Matanya juga berwarna emas dibina daripada teknologi kejuruteraan luar negara yang tinggi dan halus. Pen ini akan sentiasa tersangkut di kocek baju abah.
Aku sentiasa mencuri pandang setiap kali abah mengisi dakwat Parker ‘blue black’ yang ketika itu berharga 50 sen sebotol ke dalam pennya. Abah memasukkan mata pen itu ke dalam botol dakwat dan memicit badannya.
Apabila dakwat penuh abah akan mengesat mata pen berwarna emas itu dengan teliti menggunakan kain buruk yang bersih. Abah sangat berhati-hati. Jika dakwat hampir habis abah akan menggoyang-goyangkan pen itu supaya dakwatnya keluar sebelum mula menulis.
Suatu hari ketika abah sedang tidur tengah hari selepas balik dari menoreh dan makan tengah hari, aku mencuri pennya. Aku menjadi sangat bahagia dapat menggunakan sebatang pen berdakwat. Aku rasa lebih dewasa dan terpelajar.
Lama kelamaan aku mula ketagih tabiat mencuri guna pen abah ini. Namun semua hasil tulisan sentiasa aku sorok agar tidak diketahui abah.
Memang sudah perangai budak-budak tidak cermat menggunakan pen tersebut. Mungkin itulah sebabnya cikgu tidak membenarkan budak-budak sekolah rendah menggunakan pen untuk menulis.
Mungkin kerana aku menekan terlalu kuat ketika dakwatnya hampir kering, mata pen itu renggang (kembang). Dakwat langsung tidak mahu mengalir ke atas kertas. Aku panik. Aku pun cuba untuk merapatkan semula mata pen yang renggang itu. Nak guna apa?
Yang ada cuma anak lesung batu emak di dapur. Aku pun bersembunyi di sebalik dinding dapur dan mengetuknya perlahan-lahan. Di situlah berakhirnya riwayat sebatang pen Parker bermata emas abah. Matanya punah habis. Bengkok dan berselisih. Dengan senyap-senyap aku berjingkit-jingkit untuk memasukkannya kembali ke dalam poket baju abah. Ah! Lega.
Sejak hari itu aku menunggu masa dan ketikanya sahaja abah akan menjerit seperti seorang askar Jepun mengangkat sebilah pedang samurai dengan kedua belah tangannya untuk memenggal leher tawanannya.
Aku cuba melarikan diri daripada abah. Bila abah pulang dari menoreh atau pulang dari kedai, aku buat-buat sibuk pergi mandi, mengangkat air dari perigi atau pura-pura tidur.
Namun saat yang menggerunkan itu tidak pernah tiba. Akhirnya aku tidak lagi nampak abah menggunakan pen kesayangannya itu. Sebaliknya aku lihat abah menggantikan sepitan poket bajunya dengan sebatang bolpen biru yang berharga 25 sen sebatang ketika itu. Aku sangat kesal. Mahu menitis air mataku.
“Itulah korban seorang ayah,” fikirku kemudian.
Kemudian emak memberitahuku bahawa abah memberitahunya yang dia nampak aku berjingkit-jingkit memasukkan pen Parker yang telah rosak matanya kembali ke dalam poket bajunya. Dia tidak tidur lena ketika itu. Tapi dia tidak mahu menyergahku. Bertambahlah lagi pilunya hatiku!
Hari ini apabila ada antara anak-anakku yang merosakkan barang-barang penting kepunyaanku, aku menjadi tidak sampai hati untuk menegurnya, betapalah untuk memarahinya.
Seorang anakku menggesel kedua-dua belah pintu keretaku hingga kemek teruk ke pagar batu rumahku waktu mencuri-curi belajar membawa kereta. Betapa tidak, bukan mudah bagi seorang yang baru cuba memandu kereta untuk mengeluarkan kereta secara berundur dari parkir di porch ke jalan sempit di hadapan rumah! Dan dia tidak pernah mengaku kesalahannya itu.
Seorang lagi anakku menghilangkan kamera digital Canon EOS F1-ku dalam majlis keramaian di sekolahnya. Itulah kamera terakhirku. Selepas kejadian itu tugas mengambil foto aku serahkan kepada anak-anakku sahaja. Bukan merajuk dengan kerenah anak-anak tetapi secara kebetulan semua anak-anakku telah besar dan memiliki hobi mengambil gambar serta mempunyai kamera masing-masing.
Seorang anak yang lain pula memandu keretaku hingga minyak hitamnya kering di lebuh raya. Enjinnya punah. Terpaksa diganti dengan enjin baru. Dan aku terpaksa membayar hampir RM12 ribu untuk mengeluarkan kereta itu daripada bengkel.
Aku berfikir, “Semuanya ini mungkin kifarah aku kerana merosakkan pen Parker abah waktu aku kecil-kecil dulu. Aku pasrah dan reda.”
(Sedutan dari bukuku "Chicken Soup KECIL-KECIL CILI API" yang bakal terbit. Tunggu ya!)
SUMBER;
Facebook

Thursday, October 29, 2015
Wednesday, October 28, 2015
Sheaffer USA Steel Body Fountain Pen
Sheaffer USA Steel Body Fountain Pen from India from OLX India's Largest Marketplace.
1.Di Malaysia terdapat dua jenis pen ini. Yang didalam gambar ini dijual dengan harga RM58.
2. Satu lagi adalah 'gold clip'. Bukan seperti dalam gambar. Dijual, dengan harga RM68.00.
Sheaffer ini hanya diukir 'Shaffer USA'. Tidak dapat diketahui model shaffer ini.
[sheaffer-usa-steel-body-fountain-pen ]
7.8.2016
Setelah dilakukan pencarian berterusan akhirnya jumpa juga nama model pen ini 'Sheaffer Award'.
[ Sheaffer Award].

Labels:
Fountain Pen,
Links,
Sheaffer Fountain Pen
Subscribe to:
Posts (Atom)