Monday, October 3, 2016

(8) Tylo Fountain Pen - Broad Nib

Ini adalah koleksi fountain pen yang paling awal. Fountai pen ini ada diukir perkataan 'TYLO' pada matanya. Fountain pen ini di beli di kedai Men Men Mentakab pada tahun 2005 (mungkin) dengan harga RM6.00(mungkin). Fountain pen ini adalah fountain pen yang pertama saya beli. Digunakan untuk tujuan tanda tangan sahaja. Tetapi saya tidak mampu guna dan jaga pen ini dengan baik kerana masih dalam permulaan meminati fountain pen.

Minat terhadap fountain pen mula berkembang pada tahun 2000 kerana banyak kertas yang perlu ditanda tangan. Pencarian sebatang fountain pen bermula pada tahun itu. Tetapi yang di cari adalah fountain pen yang paling murah. Pada masa itu tidak terfikir untuk mencari fountain pen terpakai seperti sekarang.

Akhirnya jumpa Tylo Fountain pen di kedai Men Men Mentakab yang dijual dengan harga RM6.00 yang dirasakan mahal pada masa itu. Pada masa ini ada terjumpa fountain pen seperti ini di pustaka Saujana kuantan parade yang dijual dengan harga RM12.00.
 01.
 02.
 03.
 04.
05.

No comments:

Post a Comment