Friday, August 26, 2016

Kotak Pen (1) Cony Fountain Pen

Ini adalah kotak pen bagi Fountain pen Cony yang di beli di kedai Saad Trading Muadzam Rompin Pahang Malaysia. Katok ini mungkin telah tiada pembelinya selama hampir 30 tahun.
 01.
 02.
03.

Thursday, August 25, 2016

Cerita: Abah Hadiahkan Pen Pilot

Pen Dakwat
Begitu juga dengan fountain pen, pen dakwat. Sewaktu kaksu sekolah di Sekolah Rendah Father Barre's Convent, SP... cikgulah yang akan putuskan siapa yang dah layak pakai pen berdakwat, siapa yang seharusnya pakai pensel lagi. Waktu itu kita berlumba-lumba tulis dengan cantik, bersih dan kemas sebab nak naik taraf. Mulai darjah 4 baharulah, sesiapa yang terpilih boleh guna pen berdakwat tu.

Wow, masa tu rasa dewasa tau, apatah lagi bila tok atau abah hadiahkan pen Pilot (yang murah aje la)... untuk kita bawa ke sekolah. Dan harus diingat, jangan dilupakan... yang kita juga kena bawa botol dakwat sekali (walaupun sekali kita pam dakwat di rumah tu, tak habis guna pun di sekolah nanti). Waktu itu ada juga rasa ingin menunjuk. Perasaan tak elok tu ada lah sedikit ahaks berkembang waktu itu. Kaksu suka dakwat warna blue-black... lepas tu, kaksu suka warna biru betul. Lebih cantik. Kalau pen hilang... huhuhu... kena pakai la pen cap Hero ajelah jawabnya.

Oh, ya kaksu hanya terpilih menggunakan pen dakwat untuk semua buku-buku latihan apabila masuk penggal kedua persekolahan darjah empat. Waktu tu hidung yang sedia mengembang tu, bertambah kembang la... sebab kita dah dinaikkan taraf: dengan erti kata, tulisan kita dah kemas, cantik dan bersih! Tq, Mrs Sundram sebab beri kebenaran!

SUMBER:

Jam tangan Mont Blanc Mesterstuck

Ini adalah jam tangan jenama Montblanc yang tidak mempunayi tulisan 'Made in" tetapi ada tulisan 'Swiss Made". Jam Montblanc ini dibeli di Taman Kerang Kuantan Pahang Malaysia. Pada masa di beli jam ini tak ada bateri harga jam Montblanc ini RM15.00 campur harga bateri RM5.00.

Pada belakang jam ini ada ditulis Mont Blanc Mesterstuck  Stainless Steel CO40499 NO850M Water Resisten 30M Swiss Made.

Tali jam ini 'special made' maksudnya tak boleh ditukar kerana ia ada lima gigi bukan dua gigi macam kebiasaan jam.Kalau rosak talinya, bukan senang nak cari barang ganti. Untuk untuk mengunci tali jam ini juga agak rumit pada mulanya. Ini kerana talinya perlu di lipat dua kali dan dikunci dua kali.

Body jam ini juga 'special made' juga design belakangnya menyebabkan enjin jam ini tidak boleh dikeluarkan untuk kerja 'servis'.
 01. Mont Blanc Mesterstuck
 02.Mont Blanc Mesterstuck
 03.Mont Blanc Mesterstuck
 04. Mont Blanc Mesterstuck
 05. Mont Blanc Mesterstuck
 06. Mont Blanc Mesterstuck
 07. Mont Blanc Mesterstuck
 08. Mont Blanc Mesterstuck
 09. Mont Blanc Mesterstuck
 10. Mont Blanc Mesterstuck
 11. Mont Blanc Mesterstuck
12. Mont Blanc Mesterstuck

Wednesday, August 24, 2016

Pen Bag - plastik

Ini adalah bag pen yang dibeli dikedai pen. Asalnya bag ini dijual sekali dengan pen dan keychain. Tetapi tuan kedai mahu menjualnya dengan harga RM5.00. Bag pen ini boleh menyimpan dua batang pen yang gemok.
 01.
 02.
 03.
 04.
 05.
 06.
07.

Fountain Pen Sheaffer - all gold

Ini adalah fountain pen milik seorang bekas wartawan Utusan Melayu. Diterima sebagai hadiah persaraan beliau sebagai wartawan yang diberikan oleh Menteri Besar Pahang yang lama. Fountain pen Sheaffer ini berharga RM700.00 pada masa di beli lebih kurang 20 tahun dahulu. masih digunakan oleh beliau sampai sekarang. Terdapat ukiran perkataan Sheaffer pada cap, clip dan nib. Tetapi tidak ada perkataan made in negara mana.
 01.
 02.
 03.
 04.
 05.
 06.
 07.

08.
 09.
 10.
 11.
 12.
 13.
14.

Tuesday, August 23, 2016

Sejarah Penciptaan Dakwat Pen

 Sejarah Pen Dakwat
oleh Puteri Selju

Lewis Waterman telah mencipta pen dakwat yang pertama pada 1884. Alat tulis yang berisi dakwat telah dibentuk dan ia wujud lebih dari 100 tahun sebelum penciptaan waterman. Contohnya, pen dakwat yang ada hingga sekarang telah direkabentuk oleh seorang warga Perancis bernama M. Bion pada 1702. Peregrin Williamson, pembuat kasut telah mendapat hak cipta sebagai seorang warga Amerika yang pertama pada 1809. John Scheffer telah menerima hak cipta British pada 1819 untuk pen separuh bulu, pen separuh logam yang disasarkan untuk pengeluaran massa. John Jacob Parker telah mendapat hak cipta untuk pen dakwat berisi pada 1831. Namun, model pen dakwat yang awal telah terjejas akibat limpahan dakwat dan kerosakan lain yang menyebabkan ia tidak diguna dan sukar dijual.

Bentuk pen dakwat wujud selepas penggunaan bulu untuk beribu-ribu tahun. Pencipta awal telah membuat pemerhatian yang jelas tentang dakwat yang disimpan dalam saluran lubang bulu burung lalu cuba untuk mencipta dengan kesan yang hampir sama dengan penciptaan manusia yang boleh menahan dakwat yang banyak dan tidak memerlukan pencedokan dakwat secara berterusan. Walaubagamana pun, buluh bukanlah pen, ia benda alam semulajadi yang diubahsuai untuk kegunaan manusia. Dengan penyimpanan dakwat pen yang nipis dan panjang yang diperbuat daripada getah dan hujung pen yang melekat di bawah, tidak cukup untuk mengeluarkan alat tulis yang lembut. Lewis Waterman, jurujual insurans telah mendapat semangat untuk membaiki kelemahan pen dakwat apabila dakwat pen yang digunakannya melimpah lalu merosakan surat perjanjian dengan kliennya. Idea Lewis Waterman adalah untuk menambah lubang angina pada hujung mata pen dan alur di dalam mekanisme kemasukan.

Mekanisme digubah dengan tiga bahagian utamanya. Hujung mata pen berhubung terus dengan kertas. Bahagian pengeluaran dakwat atau bahagian bawah hujung mata pen mengawal pengaliran dakwat dari tempat penyimpanannya. Tong bulat yang memegang hujung mata pen dan mengeluarkan dakwat untuk menulis, menghalang penyimpanan dakwat dari dalam. Semua pen mengandungi penyimpanan dakwat dalaman. Perbezaan penyimpanan dakwat membuktikan ialanya salah satu kwasan persaingan yang hebat dalam industri pen. Pada awal abad ke-19, pen diguna sebagai titisan mata. Pada 1915, kebanyakan pen berubah kepada pengisian sendirian yang lembut dan penyerap getah yang mudah melentur seperti tempat penyimpanan dakwat. Untuk mengisi semula dakwat, tempat penyimpanan akan ditekan rata oleh lapisan dalaman lalu hujung mata pen akan dimasukkan ke dalam botol dakwat. Selepas itu, tekanan lapisan dalaman dilepaskan supaya penyerap dakwat dipenuhi dengan dakwat yang segar.

HAK CIPTA BERBEZA YANG DITERBITKAN UNTUK PEN DAKWAT YANG BOLEH DIISI
Pengisi Butang ( Button Filler)
Hak ciptanya pada 1905 dan mula-mula ditawar oleh Syarikat Pen Parker pada 1913 sebagai alternatif untuk kaedah titisan mata. Tambahan butang ditambah pada alat tekanan dalaman yang meratakan penyerapan dakwat apabila ditekan.

Pengisi Tuil ( Lever Filler )
Water Sheaffer mendapat hak ciptanya pada 1908. Syarikat Pen W.A Sheaffer, Fort Madison, Iowa telah memperkenalkannya pada 1912. tuil luar menekan penyerap dakwat yang mudah melentur. Tuil berisi mengepam tong pen apabila ia tidak diguna. Pengisi tuil mendapat hadiah sebagai pemenang untuk 40 tahun yang akan datang manakala pengisi butang mendapat tempat kedua.

Pengisi Klik ( Click Filler )
Mula dipanggil sebagai pengisi sabit yang diperkenalkan secara komersial oleh Roy Conklin, Toledo. Reka bentuk Syarikat Pen Parker yang kemudian menggunakan nama pengisi klik. Apabila 2 alat menonjol keluar dari pen itu ditekan, penyerap dakwat akan menjadi kempis. Alat itu akan mengeluarkan bunyi ‘klik’ apabila penyerap tersebut penuh.

Pengisi batang mancis ( Matchstick Filler )
Ia diperkenalkan sekitar tahun 1910 oleh Syarikat Weidlich. Logam bulat dan lurus yang kecil pada pen atau pada batang mancis menekan alat tekanan dalaman melalui lubang yang ada dalam tong pen.

Pengisi Syiling ( Coin Filler )
Diusahakan oleh Lewis Waterman dalam usaha bersaing dengan hak cipta pengisi tuil yang dimiliki oleh Sheaffer. Lubang kecil dalam tong membolehkan syiling untuk mengempiskan alat tekanan dalaman, yang seakan-akan seperti pengisi batang mancis.

Terdapat 9 jenis hujung mata pen yang berstandard dengan 3 hujung mata pen yang berpotongan berbeza, iaitu tegak, serong dan condong. Dakwat awal menyebabkan hujung mata pen logam menghakis dan hujung mata pen emas membantu dalam penghakisan. Iridium digunakan pada hujung mata pen halus untuk menggantikan emas yang terlalu lembut. Kebanyakan pemilik ada huruf pertama yang bercantum pada penyepit pen. Ia mengambil masa selama 4 bulan untuk mencetuskan alat tulis yang baru sejak kewujudan hujung mata pen yang direka bentuk untuk mudah melentur apabila ditekan. Setiap hujung mata pen bersesuaian dengan gaya pemiliknya. Sebab itu, orang tidak berminat untuk meminjamkan pen dakwatnya kepada yang lain.

Kartrij dakwat yang diperkenalkan sekitar tahun 1950, tidak boleh dibuang, boleh diisi semula dalam kartrij plastik atau kaca yang direka untuk tujuan kebersihan dan kemasukan yang mudah. Ia merupakan kejayaan yang serta-merta. Pengenalan pen mata bulat, memberi naungan kepada penciptaan kartrij dan mengurangkan perniagaan bagi industri pen dakwat. Pen dakwat yang dijual kini adalah sebagai alat tulis klasik dan yang asli kini menjadi koleksi yang hebat.

SUMBER:
cik mai pelangi ku

Monday, August 22, 2016

(2) Ballpen A.G. Splding & Bros, Made In Jepan

Ballpen A.G. Splding & Bros ini di beli di Pasar Karat Taman Kerang Kuantan pada 20.9.2015.
 01. Ballpen A.G. Splding & Bros ini adalah buatan Jepun. Pen ini menggunakan refill Raymay yang juga buatan Jepun.
 02.
 03. ditulis pada pen ini A.G. Splding & Bros
 04. Diukir pada pen Ballpen A.G. Splding & Bros ini Made In Jepan.
 05.
 06.
 07.
 08.
09.

LINKS:
2. amazon.com (Spalding-Bullet-Style-Liquid-Roller)
3. ebay.com (A-G-Spalding-Bros-Aluminum-Ballpoint-Pen-0-7-mm-made-in-Japan)