1.Early Parker "Lucky Lock" metal pencils
2.Parker first generation Duofolds, 1920-1928
3.Parker Duofold Streamline, 1929-1933
4.Parker Vacumatic, 1933-1940
5.Parker "Shadowwave", 1933-1940
6.Parker "Depression" pencils, 1931-1935
7.Parker Duofold, 1940-1943
8.Parker 51, 1940-1977
9.Parker 61, 1956-mid 1960s
SUMBER:
fairuzhomestaydotcom
Ini adalah suatu Pengurusan Maklumat (Knowlade Management)bagi pelbagai perkara berkaitan dengan pen. Seperti Fountain Pen, Ballpen, Rollerball Pen, Deskpen, Lighterpen(pen pementi api), Calligraphy Pen, Pen Holder, Pen Stand, Pen Bag, Ink Bottle, Ink Cartridge serta apa-apa barang yang berjenama pen dan apa-apa yang berkaitan yang ditemui. Keutamaan adalah barang lama atau terpakai. Termasuk juga cerita-cerita, fakta dan penggunaan yang berkaitan dengan pen.
Friday, August 19, 2016
Thursday, August 18, 2016
Cerita: PEN PARKER BERMATA EMAS
PEN PARKER BERMATA EMAS
oleh Dato' Haji Muhammad Zakaria
Waktu kecil-kecil sekolah di kampung, kami budak-budak sekolah rendah di kampungku semuanya menulis menggunakan pensil. Aku pun tidak mengerti mengapa cikgu melarang kami menggunakan pen.
Walaupun begitu ada sebahagian budak-budak kampung yang telah naik darjah dua atau tiga, belum pun pandai memegang pensil dengan betul.
Namun ketika itu aku sudah mencuri-curi menulis menggunakan fountain pen Parker bermata emas kepunyaan abah. Pen kesayangan abah ini adalah hadiah persaraannya daripada perkhidmatan SC - Special Constable, seperti polis tentera pada zaman Inggeris. Batang dan penutupnya berwarna hijau tua.
Penyangkutnya berupa anak panah berwarna emas. Matanya juga berwarna emas dibina daripada teknologi kejuruteraan luar negara yang tinggi dan halus. Pen ini akan sentiasa tersangkut di kocek baju abah.
Aku sentiasa mencuri pandang setiap kali abah mengisi dakwat Parker ‘blue black’ yang ketika itu berharga 50 sen sebotol ke dalam pennya. Abah memasukkan mata pen itu ke dalam botol dakwat dan memicit badannya.
Apabila dakwat penuh abah akan mengesat mata pen berwarna emas itu dengan teliti menggunakan kain buruk yang bersih. Abah sangat berhati-hati. Jika dakwat hampir habis abah akan menggoyang-goyangkan pen itu supaya dakwatnya keluar sebelum mula menulis.
Suatu hari ketika abah sedang tidur tengah hari selepas balik dari menoreh dan makan tengah hari, aku mencuri pennya. Aku menjadi sangat bahagia dapat menggunakan sebatang pen berdakwat. Aku rasa lebih dewasa dan terpelajar.
Lama kelamaan aku mula ketagih tabiat mencuri guna pen abah ini. Namun semua hasil tulisan sentiasa aku sorok agar tidak diketahui abah.
Memang sudah perangai budak-budak tidak cermat menggunakan pen tersebut. Mungkin itulah sebabnya cikgu tidak membenarkan budak-budak sekolah rendah menggunakan pen untuk menulis.
Mungkin kerana aku menekan terlalu kuat ketika dakwatnya hampir kering, mata pen itu renggang (kembang). Dakwat langsung tidak mahu mengalir ke atas kertas. Aku panik. Aku pun cuba untuk merapatkan semula mata pen yang renggang itu. Nak guna apa?
Yang ada cuma anak lesung batu emak di dapur. Aku pun bersembunyi di sebalik dinding dapur dan mengetuknya perlahan-lahan. Di situlah berakhirnya riwayat sebatang pen Parker bermata emas abah. Matanya punah habis. Bengkok dan berselisih. Dengan senyap-senyap aku berjingkit-jingkit untuk memasukkannya kembali ke dalam poket baju abah. Ah! Lega.
Sejak hari itu aku menunggu masa dan ketikanya sahaja abah akan menjerit seperti seorang askar Jepun mengangkat sebilah pedang samurai dengan kedua belah tangannya untuk memenggal leher tawanannya.
Aku cuba melarikan diri daripada abah. Bila abah pulang dari menoreh atau pulang dari kedai, aku buat-buat sibuk pergi mandi, mengangkat air dari perigi atau pura-pura tidur.
Namun saat yang menggerunkan itu tidak pernah tiba. Akhirnya aku tidak lagi nampak abah menggunakan pen kesayangannya itu. Sebaliknya aku lihat abah menggantikan sepitan poket bajunya dengan sebatang bolpen biru yang berharga 25 sen sebatang ketika itu. Aku sangat kesal. Mahu menitis air mataku.
“Itulah korban seorang ayah,” fikirku kemudian.
Kemudian emak memberitahuku bahawa abah memberitahunya yang dia nampak aku berjingkit-jingkit memasukkan pen Parker yang telah rosak matanya kembali ke dalam poket bajunya. Dia tidak tidur lena ketika itu. Tapi dia tidak mahu menyergahku. Bertambahlah lagi pilunya hatiku!
Hari ini apabila ada antara anak-anakku yang merosakkan barang-barang penting kepunyaanku, aku menjadi tidak sampai hati untuk menegurnya, betapalah untuk memarahinya.
Seorang anakku menggesel kedua-dua belah pintu keretaku hingga kemek teruk ke pagar batu rumahku waktu mencuri-curi belajar membawa kereta. Betapa tidak, bukan mudah bagi seorang yang baru cuba memandu kereta untuk mengeluarkan kereta secara berundur dari parkir di porch ke jalan sempit di hadapan rumah! Dan dia tidak pernah mengaku kesalahannya itu.
Seorang lagi anakku menghilangkan kamera digital Canon EOS F1-ku dalam majlis keramaian di sekolahnya. Itulah kamera terakhirku. Selepas kejadian itu tugas mengambil foto aku serahkan kepada anak-anakku sahaja. Bukan merajuk dengan kerenah anak-anak tetapi secara kebetulan semua anak-anakku telah besar dan memiliki hobi mengambil gambar serta mempunyai kamera masing-masing.
Seorang anak yang lain pula memandu keretaku hingga minyak hitamnya kering di lebuh raya. Enjinnya punah. Terpaksa diganti dengan enjin baru. Dan aku terpaksa membayar hampir RM12 ribu untuk mengeluarkan kereta itu daripada bengkel.
Aku berfikir, “Semuanya ini mungkin kifarah aku kerana merosakkan pen Parker abah waktu aku kecil-kecil dulu. Aku pasrah dan reda.”
(Sedutan dari bukuku "Chicken Soup KECIL-KECIL CILI API" yang bakal terbit. Tunggu ya!)
SUMBER;
Facebook

Wednesday, August 17, 2016
Bag Pen - DIY
Ada masanya perlu membawa beberapa batang pen kerana pen tersebut mempunyai dakwat yang berbeza. Memang susah nak mencari bag pen yang boleh diisi sampai empat batang pen. Maka terpaksalah dibuat sendiri dengan kain baju sejuk.Bag pen ini dijahit menggunakan tangan sahaja.
Bekas pen ini digunakan untuk membawa 4 batang pen calligraphy jenama Osmiroad stainless, Osmiroad gold plate, Manuscript gold plate and Dreamwork. Osmiroad dan Manuscript adalah buatan England. Manakala Dreamwork adalah buatan China. Kesemuanya mempunyai dakwat yang berbeza warna.
01
02.
03.
04.
05.
06.
07.
Links:
Monday, August 15, 2016
(1) Pilot Fountain Pen Made In Unknown
Pen Pilot ini dibeli di Pasar Karat Taman Kerang Kuantan. Tetapi pen ini hanya menyatakan jenamanya Pilot sahaja. Tidak dinyatakan buatan negara mana. Sebagai mana diketahui, Pilot adalah jenama buatan Jepun. Tetapi kenapa Jepun tidak mencatatkan nama negaranya pada pen ini.
Ada kemungkinan pen ini dibuat oleh pihak Jepun tetapi tidak dikilangkan di Jepun. Mungkin Korea. Mungkin pada zaman perang dahulu, untuk memasarkan barangan Jepun di Korea, barangan tersebut mestilah dibuat di Korea. Jika tidak rakyat Korea tidak akan membelinya. Mungkinkah fountain pen ini boleh disebut 'Pilot Korea'.
01. Pada tudung pen ini (cap) tercatat perkataan Pilot.
02.
03. Pada mata pen ini juga tercatat perkataan Pilot.
04. Perkatan Pilot pada mata fountain pen ini.
05.
06. Dakwat diisi dengan pam picit.
LINK: richardspens.com
07.
08.
09.
Monday, August 8, 2016
Raynolds 8 Ink Cartridges
Dakwat ini dibeli di sebuah kedai lama di Muadzam Shah iaitu Saad Trading. Kesemua dakwatnya telah tidak boleh digunakan kerana ada yang beku dan ada yang sudah terlalu pekat. Raynolds 8 Ink Cartridges in mungkin telah tersimpan di kedai Saad Trading ini hampir 30 tahun. Dia mungkin rasa pelik kerana ada orang yang masih berminat membeli kesemua Raynolds 8 Ink Cartridges dikedai beliau.
Saya tertarik dengan ink cartridge Reynold ini kerana batang cartridge lebih panjang dari biasa. Dakwatnya tentu lebih tahan lama. Mungkin batang cartridgenya boleh diguna semula.

01. Dalam setiap kotak ada 8 batang dakwat.
02. Ditulis pada belakang kotak, Just place the cartridge and screw the pen tightly.
03. 8 ink cartridge
04. 8 tintenpatronen
05. 8 cartouches
06. Hampir semua dakwaknya telah rosak
07. Kalau dakwatnya tidak boleh digunakan, mungkin batangnya boleh digunakan.
08. Boleh digunakan dalam calligraphy pen jenama Manuscript dan Osmiroad.
09. Kena buangkan dahulu dakwat yang rosak.
10. Kena keringkan batangnya baru boleh digunakan semula.
LINK:
fountainpennetwork.com (reynolds-pen-company)
Sunday, July 31, 2016
Holder (1) MARKSMAN Free Form PEN STAND
Rumah pen atau 'Pen Stand' ini dibeli di kedai barangan Singapore di Kuantan. Ditulis pada kotaknya MARKSMAN Free Form PEN STAND with two pens. Tetapi pennya tak ada yang adanyalah 'Pen Stand' sahaja.
01. MARKSMAN Free Form PEN STAND with two pens
02. MARKSMAN PF Product FACTOR design
PF 542.206
@1991, Pollyflame Int. B.V.
03. with no pens.
04. Tidak ada ditulis 'Made In ' negara mana..
05. pada masa ini, saya menggunakannya 'tempat berdiri pen' ini untuk meletakkan 3 batang pen kaligrfi (calligraphy) dari jenama Manuscript England dan Osmiroad England.
LINKS:
1. marksmanpens
Labels:
Made In Unknown,
Marksman,
Pen Holder,
Pen Stand,
Plastik
Sunday, July 24, 2016
Sejarah Terciptanya Pen
Fountain Pen (1880)
Ballpoint Pen (1940)
Fiber Tip (1960)
Roller Ball Pen (1980)
Gel Ink (1995)
sumber: levenger.com
Ballpoint Pen (1940)
Fiber Tip (1960)
Roller Ball Pen (1980)
Gel Ink (1995)
sumber: levenger.com
Subscribe to:
Posts (Atom)