Monday, August 8, 2016

Raynolds 8 Ink Cartridges

Dakwat ini dibeli di sebuah kedai lama di Muadzam Shah iaitu Saad Trading. Kesemua dakwatnya telah tidak boleh digunakan kerana ada yang beku dan ada yang sudah terlalu pekat. Raynolds 8 Ink Cartridges in mungkin telah tersimpan di kedai Saad Trading ini hampir 30 tahun. Dia mungkin rasa pelik kerana ada orang yang masih berminat membeli kesemua Raynolds 8 Ink Cartridges dikedai beliau.

Saya tertarik dengan ink cartridge Reynold ini kerana batang cartridge lebih panjang dari biasa. Dakwatnya tentu lebih tahan lama. Mungkin batang cartridgenya boleh diguna semula.
 
 01. Dalam setiap kotak ada 8 batang dakwat.
 02. Ditulis pada belakang kotak, Just place the cartridge and screw the pen tightly.
 03. 8 ink cartridge
 04. 8 tintenpatronen
 05. 8 cartouches
 06. Hampir semua dakwaknya telah rosak
 07. Kalau dakwatnya tidak boleh digunakan, mungkin batangnya boleh digunakan.
 08. Boleh digunakan dalam calligraphy pen jenama Manuscript dan Osmiroad.
 09. Kena buangkan dahulu dakwat yang rosak.
 10. Kena keringkan batangnya baru boleh digunakan semula.

LINK:
fountainpennetwork.com (reynolds-pen-company)

No comments:

Post a Comment